Wednesday 3 February 2016



LOTENG  untuk anak anak bermain memandangkan headroom cukup lebih dari 12 kaki...
Bermulalah tugas yang mencabar....
Penahan menggunakan 6 nos bracket 3mm thickness support with 4 nos 12mm heavy duty wall plug for each bracket. Semua pasang sendiri

Nampak head room bilik tu tinggi tu...Mula nak buat pakai kayu balau ketam tapi setelah di selidiki Kayu Lama kelamaan akan melentur walaupun balau termasuk dalam kumpulan kayu yang keras dan faktor kos yang tinggi...Saya memilih steel structure 2'' by 4" 3mm thickness confirm takkan lentur

Papak lantai saya gunakan 25mm plywood tebal woo....Tgk anak pun dah naik tangga tak siap lagi happy betul diaorg....

Kena buat tangga cepat due to safety reason.......Bab paling mencabar... saya guna kayu balau 2'' by 6" kos lebih rendah dari besi.... Mula ingat dah give up untuk tangga nak tempah besi je ....Dah try tanya kilang besi dia cakap tak boleh buat sebab curam....So saya dah buktikan sendiri buat pakai kayu takde lah curam sangat ....Pandai betul dia orang auta....

Tangga dah siap... buat sendiri ni tau....takde upah2 ... papan tangga guna kayu balau 1" x 8" support with L shape bracket complete with bolts and nuts . Jangan pakai meranti nanti melentur....

Untuk safety kena buat penghadang jugak.... Saya pakai kayu meranti murah sikit

Bahagian ataspun kena buat penghadang ... Saya pilih 2" by 2" meranti ketam sebab takde tanggung beban sgt. Kalau nak pakai balau nanti berat sangat dead load loteng ni


Pandangan dari atas tangga yang kilang cakap tak boleh buat tu.....

Bahagian atas ... tinggal nak cat aje.... Pembinaan loteng ni akan di sambung untuk bumbung sebelah sana selepas ada budget nanti. Ada gambar yang dah siap cat...nanti upload boleh le buat tempat solat ke :)

16 comments:

  1. Sebarang pertanyaan boleh bertanya terus disini dan akan dijawap secepat yang mungkin..

    ReplyDelete
  2. menarik idea.berapa kos tuan total semua.

    ReplyDelete
  3. Cantik, boleh tempah nie :)

    ReplyDelete
  4. saya boleh advise material apa yang sesuai

    ReplyDelete
  5. Salam tuan, Frame besi tu custom made ke? Saya bercadang nak buat loteng saiz 27"x13". 2 bilik kecil juga akan dibuat bersekali dengan loteng. Mohon bagi nasihat bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w salam, saiz loteng tuan tu dalam kaki ke, besar tu, kalau nak cantik pakai kayu tapi jarak beam kenalah rapat mungkin sekaki between each beam, tapi saya syorkan pakai besi utk papak bawah, besi yang saya gunakan custom made, boleh cabut2 sebab saya pakai bolt n nut

      Delete
    2. saya pakai besi senang tak lentur and harga murah dan confirm tak ,makan anai2. Utk balustrade tangga tu boleh le pakai kayu meranti ketam

      Delete
    3. salam tuan, terima kasih di atas maklumbalas tuan. Ya. saiz tu dlm ukuran kaki, saiz 27x13 tu merangkumi ruang tamu dan makan (bersambung). Jarak dari lantai ke siling lebih kurang 15 kaki. Rasa tak berbaloi je kalau buat siling plaster

      Delete
  6. salam nak tanya bracket tu buat pakai besi apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. besi plate tebal saiz 3mm ke atas, janhgan cari dekat kedai buat pagar, kena cari dekat kedai besi yang buat steel structure untuk building, boleh cari area2 kawasan perindustrian

      Delete
  7. Salam tuan..penahan/bracket untuk besi beam tu di mana tuan dapat? custom order atau mmg kilang ada keluarkan?

    ReplyDelete
  8. Beamb to beam 1" x rapat sngt ke n kalau bracket guna angle bar ok x tuan..

    ReplyDelete
  9. salam.. kalau untuk beam tu, antara pakai besi custom made dgn kayu mana lagi jimat? satu lagi, kalau nak pakai kayu, sesuai pakai ukuran berapa? tks.

    ReplyDelete
  10. Salam rumah saya rumah kampung.. bumbung rendah boleh ke pasang loteng ni?

    ReplyDelete